Friday, October 23, 2015

citer off day - tom yam campur

salam sejahtera chuolls lambai tangan

dah makan? bagus bagus. ari ni ngan semalam off days iols. semalam punya cerita me and #ciktuan pergi UTC. alah yang kat Puduraya tu. dulu Puduraya, sekarang Pudu Sentral. Kitorang gi sana sebab na register company. Now ios da ade company sendiri chuollssssss. mohon jeles kikiki. So lepas ni da boleh bergiat secara serius untuk menjalankan perniagaan. sumpah cakap na start secara serius memang susah. secara tak serius senang jer. now we are looking for perfect premise location. na bukak kedai sebenar. kedai kecik je pun da okeh. ambil tempahan pakaian sikit, jual ready-made garments sikit online cukup untuk run the business sebab plan na mintak bantuan dari organisation yang berkaitanlah. tak duit pun , bantuan alatan/mesin pun da cukup bagus. sebab planning nak angkat satu high speed machine so i boleh jahit dengan lebih banyak. portable machine tak sesuai untukjahit yang heavy-heavy atau banyak-banyak. nanti cepat rosak. so semalam siap gi PTPTN untuk check my loan. kononnye na check balance bajet cam dah tak banyak. sekali tengok ade tunggakkan. mampos! next week kena gi settlekan tunggakkan tu. Ya Allah, bantulah hamba mu ini...

today lepak rumah ja. i da terima dua tempahan pakaian dari member. satu baju jubah lelaki, satu dress perempuan. sat gi na buat pola. lau sempat potong kain sekali.

by the way, ari ni makan ape je tuuuu? i masak tomyam. first attempt. and nottttt baddddd. kurang pedas dan masam tapi rase tomyam tu ade. resepi? gugel kan hadoooo. konon semalam bli barang na buat spaghetti. #ciktuan cakap betul ke na masak spaghetti? tak boring? to be honest, boring gak. bebalik itu gak kan. pastu kitorang pun dalam time-time carrefour na tutup tu dok pikir na beli ape wat masak. #ciktuan suggest buat laksa johor. sebab da amik spaghetti tadi. i cakap laksa johor tak pernah masak. a bit complicated, takut tak jadi. kena rebus ikan blend suma bagai. pastu kitorang bebel-bebel sekali dia cakap masak lah sup-sup. i pun macam na buat gak pastu dia cakap buat tomyam lah. hurmmmm..... tomyam sebenarnye senang. campak-campak ja. haaa itu lah yang i buat arini. tomyam campak-campak. sambil masak pulak dengor lagu jazz. uihhh masyuk koooo.


taraaaaa... cunkan tomyam i. sedap tu bagi i just nice. tapi slek tak pedas dan kurang masam. lupa na beli cili api and cuka tak pun asam keping kasi masam-masam sikit. limau nipis pun takda. takpa first attempt i kira berjaya jugak. len kali i letak. 

time entry ni siap i da pun selamat makan. sebab lapo kemain. pulak terbau semerbak ja tomyam ku ini. apa lagi...bedal dulu lah. as i said, resepi boleh gi gugel sana. banyak resipi tomyam.

ok tu je. bye.

No comments:

Post a Comment